Tuesday, January 1, 2013

Pendidikan Adalah Aset Yang Tidak Ternilai

Ayat pertama yang Allah turunkan telah menekankan kepada kita untuk membaca (belajar). Ilmu merupakan alat untuk untuk kesinambungan dan kejayaan hidup dunia & akhirat.
Sebagai makhluk tuhan yang diberi akal & fikiran manusia boleh merancang untuk kebahagian hidup dunia & akhirat, walaupun 'qada dan qadar' adalah milik Allah, usaha & ikhtiar diperlukan untuk mencapai apa yang dihajati oleh manusia.
Dengan amalan dari ilmu yang baik, manusia akan lebih dihormati dan tentunya kejayaan akan menyusul selepas itu.
Ilmu merupakan aset yang tidak ternilai sepanjang hayat & akan melengkapkan perjalanan hidup manusia. Dalam pengurusan aset pula, pendekatan yang menyeluruh termasuk mengenalpasti objektif dan penyediaan jangkamasa samada untuk tempoh pertengahan (medium term) atau tempoh panjang (long term), memantau kedudukan dan pencapaian dalam tempoh masa tertentu dan melaksanakan strategi yang sesuai untuk menyeimbangkan pencapaian masa depan.
Perancangan yang baik mengambil kira faktor tanggungan, pinjaman dan pembiayaan perlu diambil bagi tujuan perlindungan, kesihatan & pelaburan. Selain itu, faktor gaya hidup juga diambil kira dalam menentukan apa yang perlukan.

Sunday, January 1, 2012

MENGIRA JUMLAH PERLINDUNGAN DARIPADA AL-QURAN
“Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya…” (Surah Al-Baqarah ayat 240). “…
Dan bagi mereka (isteri-isteri) pula satu perempat dari harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. Tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah satu perlapan dari harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan, dan sesudah dibayarkan hutang kamu…” (Surah An-Nisa ayat 12)

Seorang rakan ingin menyertai takaful dan bertanya “apakah implikasi sekiranya saya mengambil pelan takaful paling rendah carumannya sebulan?” Saya menjawab “Bila kita menyertai takaful ia bukan melihat jumlah caruman sebulan tetapi berapakah jumlah perlindungan (sum cover) yang ideal bagi seseorang.” Salah satu matlamat menyertai takaful kerana memberi kestabilan kewangan kepada yang tersayang dalam tempoh setahun dari ketiadaan kita.

Formula yang boleh dikeluarkan daripada dua terjemahan ayat Al-Quran di atas ialah:-
JUMLAH PERLINDUNGAN TAKAFUL= (PERBELANJAAN SETAHUN X 8) + JUMLAH HUTANG CONTOH PENGIRAAN
“Berapakah perbelanjaan keluarga tuan sebulan?” tanya saya. “RM 4K”balasnya ringkas.
Dengan ketiadaan kita nanti, untuk isteri menampung perbelanjaan keluarga setahun, dia memerlukan RM 48K (RM 4K X 12 bulan) (rujuk terjemahan ayat al-Quran pertama di atas).
Mengikut Hukum Faraid isteri (yang mempunyai anak) akan mendapat satu per lapan (1/8) harta pusaka kita sahaja. (7/8) lagi adalah untuk ibu,bapa, anak-anak atau waris yang lain (rujuk terjemahan ayat al-Quran kedua di atas).

Detail mengenai pembahagian hukum faraid boleh lihat di: http://maths.usm.my/faraid/msl/faraid.asp
 
Secara ringkasnya, bagi memastikan isteri mendapat sekurang-kurangnya RM48K bersamaan (1/8) harta kita, jumlah harta yang kita perlukan iaitu (8/8) adalah RM 384K (RM 48K x 8). Kemudian tambahkan lagi dengan jumlah hutang yang tiada perlindungan takaful contohnya pembiayaan kenderaan, pembiayaan peribadi atau hutang kad kredit. Katakan RM 60K (rujuk terjemahan ayat al-Quran kedua di atas). “Maka jumlah perlindungan (sum cover) yang ideal untuk diambil oleh tuan ialah RM 444K (RM 384K + RM 60K).
Selepas membuat analisis ini barulah kita minta beberapa wakil takaful membuat kiraan berapakah caruman sebulan yang diperlukan untuk mendapat jumlah perlindungan (sum cover) sebanyak RM 444 000.

Friday, January 1, 2010

Berniaga untuk memaksimumkan keuntungan @ untuk memajukan masyarakat?



Sebagai seorang Islam yang yakin bahawa Islam adalah satu cara hidup, kita tidak dapat menolak keperluan untuk merealisasikan sistem ekonomi dan kewangan yang berteraskan Islam. Realiti juga turut menunjukkan bahawa usaha memajukan Islam dan umatnya tidak dapat lari dari usaha memajukan ekonomi mereka.

Oleh itu, sebahagian dari agenda memajukan masyarakat Islam ialah memajukan ekonomi mereka sejajar dengan prinsip-prinsip Islam dalam lingkungan keterbatasan yang ada.

Kita harus berani menghadapi realiti bahawa masyarakat Islam melayu masih belum mempunyai jumlah jutawan yang ramai dibanding dengan masyarakat lain. Banyak pula berita-berita kegagalan dan penutupan syarikat yang dimiliki oleh masyarakat Melayu Islam. Dari segi pasaran pula, syarikat mereka masih amat bergantung pada pasaran orang Islam dari pasaran yang lebih besar seperti syarikat agensi pelancongan, makanan dan lain-lain.

Namun ia tidak seharusnya menjadikan kita golongan yang berputus harap kerana Allah Ta'ala berfirman yang bermaksud “Janganlah kamu berputus harap dari rahmat Allah. Sesungguhnya tidak berputus harap dari rahmat Allah kecuali orang-orang yang fasiq.” (Yusuf : 87)

Kita juga menolak teori yang berpendapat bahawa masyarakat Melayu sememangnya tidak mempunyai bakat semula jadi untuk berniaga. Sejarah bangsa Melayu membuktikan sebaliknya bahawa mereka pernah mengurus pelabuhan penting dan besar bahkan empayar yang besar dan maju ekonominya. Kota dan pelabuhan Melaka serta kerajaan Melayu seperti Majapahit, Acheh dan Sulu adalah contoh-contoh menunjukkan bahawa masyarakat Melayu dahulu turut berniaga, memerintah negara dan menguasai ekonomi di rantau ini. Walau pun tidak dinafikan bahawa sebahagian dari sejarah itu berlaku semasa orang Melayu beragama Hindu/Buddha dan sebahagian lagi ketika beragama Islam.

Begitu sibuk dan maju pelabuhan perniagaan di bawah pengurusan orang Melayu sehingga sebuah buku Undang-undang Laut Melaka ditulis bagi memastikan keteraturan pelabuhan.

Masyarakat Melayu hari ini mempunyai wang yang cukup besar untuk menjadi modal bagi memajukan ekonomi mereka. Indikasi berikut adalah petunjuk yang baik

1. Dianggarkan hanya sekitar 10% sahaja dari golongan yang diandaikan berkemampuan untuk membayar zakat menunaikan kewajipan ini. Ini sahaja menghasilkan kutipan sebanyak sekitar 16 juta dolar bagi tahun 2000.

2. Jumlah wang yang dilaburkan di dalam dana Takaful dan amanah saham yang berjumlah puluhan juta dolar yang mana 90% adalah dari masyarakat Islam.

3. Jumlah perbelanjaan yang dibelanjakan bagi majlis perkahwinan, umrah, haji dan hari raya yang mencapai ratusan juta dolar.

Antara usaha yang penting bagi memajukan lagi ekonomi umat Islam hari ini ialah

1. Mendidik masyarakat agar memahami keutamaan perbelanjaan dalam kehidupan agar dana yang ada diperuntukkan untuk sesuatu yang lebih penting dari setakat untuk mencantikkan rumah dan melancong.

2. Mempertingkatkan dan meluaskan kefahaman mengenai pengurusan kewangan peribadi dan keluarga dalam masyarakat Melayu.

3. Model perniagaan (business model) yang tepat dan berkesan.

Nilai utama yang mendasari usaha ini ialah bahawa ia adalah fardu kifayah yang perlu direalisasikan dan usaha keras dalam bidang ini adalah ibadah yang akan diberikan ganjaran yang besar oleh Allah taala. Ia adalah jihad dalam bidang ekonomi dan ia tidak kurang mulia di sisi Allah dari usaha kebajikan masyarakat yang biasa dilakukan.

Menjadi motivasi kita sentiasa ialah firman Allah taala yang bermaksud “Lelaki-lelaki yang tidak melalaikan mereka perniagaan dan jual beli dari mengingati Allah taala, mendirikan solat dan mengeluarkan zakat. Mereka takut akan hari yang berbolak balik hati-hati dan pandangan-pandangan (kerana takut akan hari Kiamat). Agar Allah memberi mereka sebaik-baik atas apa yang mereka lakukan dan menambah untuk mereka kurniaanNya dan Allah memberi rezeki kepada siapa yang ia mahu tanpa hisab.” (An-Nur : 37-38)

Melalui penglibatan yang aktif, pemilikan syarikat perniagaan yang maju dan kemunculan peniaga-peniaga yang soleh, usaha keras yang berterusan tanpa mempedulikan cemuhan orang dan kerjasama atas satu kesedaran yang sama maka sistem kewangan dan ekonomi Islam akan berkembang dan menjadi alternatif.

Dari rakanblog: http://hanifiyah.multiply.com/journal/item/192/192

Sunday, November 8, 2009

Salam buat anda, semoga apa yang kita buat diberkati.

Minggu lepas, ada peserta takaful menelefon saya kerana ingin memohon memberhentikan caruman bulanan takaful serta-merta atas sebab yang tertentu. Kerana tidak berapa pasti mengapa mereka ingin memberhentikan sijil takaful tersebut, saya meminta kebenaran untuk berjumpa mereka kerana ingin merekodkan sebab perberhentian tersebut.
Di awal perbincangan, mereka tidak memberi apa-apa alasan dan menyatakan hanya kerana kekurangan bajet, tetapi dengan gaji basic lebih RM1000 dan potongan takaful hanya RM70 sebulan tentunya tidak musabah jika simpanan RM70 itu membebankan. Dipendekkan cerita akhirnya seorang dari mereka memberitahu ada kawan beliau yang memberitahu beliau tak dapat claim atas kes kematian bapanya dari takaful. Saya pun ambil detailnya dan keesokkan harinya saya berjumpanya.
Bapanya baru meninggal bulan lepas dan baru seminggu beliau ke pejabat takaful dan ingin buat claim dan tuntunan RM100,000 tersebut tak dapat diberikan dan alasan kerana bapa beliau mati akibat penyakit jantung. Saya lihat sijil takaful bapa beliau dan ia adalah Sijil Takaful Kemalangan SAHAJA.

Sebenarnya kes-kes begini kerap berlaku menyebabkan pencarum mengambil tindakan segera disebabkan tiada maklumat sepenuhnya diberikan. Saya ambil contoh kes diatas kerana kebanyakan dari kita hanya ambil insuran atau takaful tanpa mengetahui jenis produk dan coverage yang takaful berikan. Memang dalam takaful kita mempunyai produk dan kesemuanya mempunyai ciri-ciri yang berlainan. Agak sukar bagi kami untuk menerangkan dengan lebih detail kerana kebanyakkan pelanggan tidak mahu memberikan masa untuk penerangan lengkap dan satu lagi golongan tidak mahu mendengar langsung dan dah tentu tak ada apa-apa perlindungan.. namun ianya hanya tugasan yang perlu dilangsaikan..

Kisah ini bertujuan memberi sedikit penjelasan kepada tuan/puan yang telah menjadi peserta takaful ataupun belum. Jika ada-apa kemusykilan mengenai sijil atau polisi yang telah diambil atau produk baru di takaful harap dapatkan penjelasan segera kerana banyak diantara kita hanya mempunyai PA (Personel Accident) sahaja seperti kes diatas. Oleh itu kita digalakkan mendapatkan plan takaful yang lebih komprehensif yang merangkumi semua dan kelebihannya ia biasanya mempunyai nilai simpanan dan pulangan yang tinggi setelah sijil kita tamat.

Selanjutnya di: www.takaful.smart2u.com

Hulurkan Bantuan Kepada Palestin

Sebarang sumbangan kewangan boleh disalurkan kepada:
Aman Palestin Berhad

(Dana Sumbangan & Derma)
Bank Islam Malaysia Berhad: 12029010047880
Maybank Malaysia Berhad: 562263010787

(Dana Sumbangan Pengurusan)
Bank Muamalat Malaysia Berhad : 12070005133717

Semoga Ada Kebaikannya Dan Sedikit Sebanyak Dapat Membantu Mereka Yang Memerlukan..

Wednesday, April 15, 2009

Ada Yang Rugi & Ada Yang Untung

Allah jadikan kita berbeza, sebagai seorang manusia disetiap masa ada sedang mengecapi kesenangan dan ada juga yang bermasalah. Kita tidak boleh lari dari qada' dan qadar ini. Tetapi sebagai manusia kita perlu merancang dan berusaha, tidak hanya memeluk tubuh dan membiarkan keadaan berlaku begitu sahaja.

Pertengahan tahun 2008 dan awal tahun 2009, menyaksikan keruntuhan ekonomi global yang melibatkan hampir seluruh dunia. Tetapi bagi segelintir manusia ia merupakan satu keadaan yang dapat digunakan untuk membuat keuntungan. Kenapa? kerana diwaktu ini harga-harga saham dan hartanah akan menurun. Pemilikan saham dan hartanah diwaktu ini akan menjadikan kita boleh mendapat keuntungan yang besar waktu ekonomi naik semula.

Kenaikan & penurunan ekonomi adalah perkara biasa dalam tempoh 5 hingga 10 tahun atau kurang dari tempoh tersebut, oleh itu mengikut perancangan kewangan, kita hendaklah prihatin dengan situasi tersebut dan sentiasa merancang dan bertindak dengan cara yang terbaik. Unit amanah dan takaful juga satu cara yang terbaik jika kita tidak mempunyai pengetahuan luas mengenai kewangan.

Untuk maklumat lanjut layari www.smart2u.com

Thursday, August 21, 2008

Bagaimana Nasib Generasi Nanti?

Kalau didalam blog saya yang terdahulu, saya ada membincangkan kenapa takaful merupakan satu cara dan konsep insuran yang menepati syarak, pada kali ini saya ingin membincangkan kenapa perlunya takaful untuk masyarakat melayu khususnya di Malaysia ini.
Saya ada seorang rakan yang hidup dan berkerja dengan satu kaum yang menguasai ekonomi negara ini dan berbicara bagaimana melihat bagaimana mereka menggunakan insuran sebagai satu cara meningkatkan taraf hidup mereka. Sebenarnya mereka telah menggunakan kaedah ini berpuluh-puluh tahun dizaman kita masih belum mengenal insuran dan takaful. Ia adalah satu cara yang tidak menyalahi undang-undang dan tentu lebih baik dari berhutang.
Cuba kita bertanya pada kaum ini yang berpendapatan agak sederhana berapakah ‘sum insured’ atau perlindungan keseluruhan keluarga mereka. Jawapannya tentulah lebih RM500,000. Kalau golongan mewah tentu lebih lagi. Konsepnya senang, jika umur bapa atau ibu mereka dalam lingkungan 40 hingga 50 tahun, ada 3 anak yang berumur 10 hingga 20 tahun, mereka akan membelanjakan lebih kurang RM300 hingga RM500 untuk mendapatkan coverage mungkin dari setengah juta hingga sejuta ringgit. Dan mungkin 10 tahun atau 20 tahun selepas itu (average jangka hayat 60 hingga 70 tahun), setelah ibu bapa mereka meninggal, 3 anak tadi akan memperolehi tiap-tiap seorang RM300,000 lebih dari insuran ibu atau bapa mereka. RM300,000 adalah satu nilai yang mencukupi untuk seorang anak tadi memulakan modal bisnes ataupun kesemuanya mengunakan keseluruhan wang sejuta untuk menyambung bisnes ibu-bapa mereka.
Bagi kebanyakkan melayu pula, ‘sum insured’ bernilai RM100,000 sekarang sudah dikatakan tinggi, jadi apabila meninggal dunia, harta termasuk tanah (jika masih ada), terpaksa dibahagikan kepada semua anak-anak. Generasi demi generasi harta akan menjadi lebih kecil kerana kita tiada pendapatan lain (contohnya dari takaful @ insuran) untuk menambah harta. Tentukan kita maklum zaman sekarang pendapatan yang kita perolehi sekarang hanya dapat menampung kos hidup, bukan membuat harta.
Oleh itu kefahaman ini perlu diubah, kerana hanya takaful yang paling sesuai untuk golongan melayu dan islam, kita perlu mengunakan sepenuhnya takaful untuk meningkatkan ekonomi generasi akan datang. Lakukan tindakan sekarang, kerana ajal dan maut tidak menunggu kita walau sesaat.

Sunday, June 15, 2008

Kenapa Anda Perlukan Takaful.

Kenapa Anda Perlukan Takaful.
Sebagai seorang umat islam kita tidak boleh lari dari soal halal, haram, makruh, sunat dan harus. Oleh sebab itu dalam setiap perkara yang dilakukan oleh kita ada hukumnya dan bermula daripada akil baligh kesemuanya adalah dikira. Banyak perkara yang disukai oleh manusia biasa amnya, lebih-lebih lagi yang dapat memuaskan nafsu manusia adalah dihukumkan haram. Contohnya perkara yang melibatkan perjudian akan memberikan wang yang banyak kepada sebahagian orang, tetapi menindas yang lain. Oleh itu islam telah memberikan garis panduan yang sempurna dan jika ia diikuti dengan menyeluruh akan memberikan kebahagiaan hidup didunia dan akhirat. Dalam sistem perniagaan, perbankan dan muamalat, sistem islam telah dipakai oleh kebanyakan negara dan terbukti adalah yang terbaik, lebih adil dan efisian.
Daripada fenomena tersebut sudah tentu kita percaya bahawa sistem insuran islam ataupun lebih dikenali sebagai takaful adalah sistem yang terbaik dan adil untuk umat islam maupun yang bukan islam. Sistem islam yang bersifat suci tentunya menjaga kepentingan ummah didunia dan akhirat. Seperti yang kita sedia maklum, tujuan asal insurans diperkenalkan ialah untuk memberikan perlindungan keewangan apabila seseorang itu ditimpa musibah kematian atau lain-lain. Tentunya wang yang kita ingin salurkan kepada waris kita adalah dari sumber yang halal sebagai mana kita berikan makanan yang terjamin halalnya kepada keluarga kita sekarang. Oleh itu sistem takaful telah diusahakan apabila konsepnya telah diperkenalkan oleh zaman awal islam dahulu bagi menegakkan muamalah islam dan perlaksanaan islam yang sepenuhnya bersama-sama perbankan islam.

TAKAFUL - PILIHAN YANG MENEPATI SYARAK.
Takaful adalah berlandaskan kepada syariah Islam. Ianya tidak melibatkan unsur-unsur seperti perjudian, ketidakpastian dan riba. Kejayaan sistem insurans konvesional pada tahun-tahun sebelum ini tidak membawa apa-apa erti kepada umat Islam kerana sifatnya yang tidak menepati kehendak islam. Walaubagaimana pun, oleh kerana pada suatu ketika dahulu, pada masa takaful belum diwujudkan lagi, sebahagian ulama' berpendapat bahawa penyertaan ke dalam sistem insurans konvensional adalah darurat.
Tetapi, dengan wujudnya sistem insurans Islam (takaful), penyertaan ke atas sistem insurans konvensional yang berasaskan riba tidak lagi danggap darurat dan hukumnya haram. Sebagai umat Islam yang cintakan agama, kita perlu menilai perkara- perkara yang tertentu agar ianya tidak bercanggah dengan agama Islam itu sendiri.
Persidangan Ulama Malaysia kali ke 16 pada 15-16 Februari 1979, mengambil keputusan seperti berikut; Insuran nyawa (Life Insurance) sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat insuran yang ada pada hari ini adalah haram dan sebagai suatu muamalah yang fasad kerana aqadnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam iaitu;
• Mengandungi gharar (ketidak-tentuan)
• Mengandungi unsur judi.
• Mengandungi riba.

AKTIVITI MUAMALAT ISLAM
Takaful adalah sistem yang sama membantu dan berbeza dengan insurans yang berkonsepkan perniagaan atau jual beli. Sistem muamalat Islam ini menggariskan perkara-perkara yang perlu dipatuhi seperti tiadanya unsur judi, riba, ketidakpastian, adanya akad dan tidak menekan ke atas orang lain. Seperti sistem perniagaan yang diwujudkan berlandaskan Islam seperti pajak gadai Islam, sistem mudharabah, pinjaman secara Islam dan pelaburan yang berasaskan Islam seperti amanah saham Islam dan sebagainya, ia telah menunjukkan potensi perkembangan sistem muamalat Islam di negara ini semakin memberangsangkan, Justeru, sokongan padu daripada masyarakat Islam adalah aset penting dalam membangunkan ekonomi Islam itu sendiri, dan dengan itu, dapat menyakinkan masyarakat bukan Islam untuk sama-sama menyertai sistem perniagaan yang berlandaskan Islam.

UNSUR DAKWAH ISLAMIAH
Sebagai umat Islam, kita seharusnya memperkembangkan pengetahuan berkenaan Islam kepada masyrakat bukan Islam. Sebagai langkah pertama, seharusnya kita menggunapakai produk-produk Islam dan kemudian mencadangkan produk tersebut kepada mereka dan niatlah bahawa itu adalah sebahagian usaha dakwah kita di dalam menegakkan agamaNya. InsyaAllah mendapat keberkatanNya.
Istilah Takaful
Tafsiran syara' ialah satu pakatan kumpulan untuk saling jamin menjamin dan tolong menolong antara satu sama lain.
• Takaful mengikut tafsiran syara' ialah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin menjamin dan tolong menolong antara satu sama lain.
• Ini bertepatan dengan Hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud, "Demi diriku yang dalam kekuasaan Allah bahawa sesiapapun tidak masuk syurga jika tidak memberi perlindungan kepada jirannya yang terhimpit".
Tujuan Takaful
Sistem takaful adalah satu saluran yang membolehkan individu berikhtiar untuk saling bantu membantu bagi menghadapi risiko serta menyediakan manfaat dalam mengurangkan beban kewangan.
• Menjaga kebajikan sosial
• Mewujudkan keharmonian sosial
• Sebagai saluran atau mekanisma sosial di mana,"The fortune many compensate the unfortunate few".
Ciri - Ciri Takaful
Tiada unsur riba'Tiada unsur gharar (ketidakpastian)Tiada unsur maisir (judi)Ada tabarru' (derma ikhlas)Ada perkongsian Al-Mudharabah (keuntungan)Akad yang dipersetujui.
• Tiada unsur riba
• Tiada unsur maisir (judi)
• Tiada unsur gharar
• Ada perkongsian untung (Al-Mudharabah)
Konsep Tabarru'
Bererti membuat kebajikan atau derma bersyarat dengan redha. Ia dilakukan secara sedar dengan niat untuk saling bantu membantu. Takaful berperanan sebagai pengendali tabung tabarru'. Manfaat akan dibayar menggunakan tabung tabarru'.
• Tabarru' adalah perkataan Arab bermaksud Membuat Kebajikan / Membuat Derma Bersyarat / Memberi Dengan Redha
• Tabarru' dilakukan dengan sedar di atas niat yang suci murni untuk tujuan membantu.
• Tanpa tabarru' urusan takaful akan menjadi Gharar, sama seperti jualbeli seperti insurans.
• Dengan konsep tabarru' , unsur Gharar dan Maisir dapat dihindarkan.
• Daripada tabung tabarru', manfaat dibayar.
• Melalui tabaru', risiko kemalangan dipikul oleh sesama peserta yang mentabarru' dan bukannya syarikat.
• Dengan perlaksanaan tabarru' kita faham bahawa takaful bukan menjual insurans Islam tetapi Pengendali tabung tabarru'
• Wujudnya tabarru', peserta akan juga sama memikirkan untuk membantu rakan-rakan yang lain (iaitu semangat bertabarru')
• Wang tabarru' bukanlah kepunyaan syarikat. Syarikat hanya pengendali dan menentukan hak diberikan secara adil.
• Konsep tabarru' mestilah dihayati. Tanpa penghayatan urusan takaful menjadi tiada beza dari insurans.
Konsep Al Mudharabah
Perkongsian keuntungan mengikut nisbah yang dipersetujui bersama antara peserta dan syarikat.
• Mudharabah bermaksud perkongsian untung
• Nisbah pembahagian bergantung persetujuan bersama - dinyatakan di dalam perjanjian/borang.
• Mudharabah dikaitkan dengan pelaburan yang bersifat amanah di mana syarikat tidak wajib (tidak dosa/salah) jika tidak diberitahu di mana pelaburan dibuat.
• Mudharabah berbeza dari musyarakah (joint-venture) di mana kedua-dua pihak perlu tahu di mana pelaburan dibuat.
• Mudharabah sebagai pengganti dividen atau kadar faedah/bunga
• Mudharabah dibenarkan oleh agama
• Dalam mudharabah - nisbah ditentukan sementara nilai tidak ditentukan - bergantung kepada keuntungan.
• Pembahagian secara mudharabah lebih adil.
• Pengiraan mudharabah bermula dari tarikh sumbangan dibuat.
• Pembayaran mudharabah dibuat terus kepada peserta.
KEPERLUAN TAKAFUL
• Insan selalu terdedah kepada musibah atau malapetaka seperti kecurian, kebakaran, dan banyak lagi yang akan mengakibatkan kerugian dan pengurangan nilai.
• Jenis dan tahap risiko berbeza-beza dari segi nilai mendapatkan semula.
• Risiko atau musibah itu tidak pasti bila akan terjadi.
• Untuk mendapatkan semula keadaan asal Insan perlu berusaha atau berikhtiar menyediakan bantuan.
• Sistem atau saluran bantu membantu dianjurkan dan digalakkan oleh agama.
• Sistem Takaful boleh meringankan beban risiko dan menyambung aktiviti harian.
• Hanya sistem takaful yang ramai dapat membantu yang ditimpa musibah.
• Sistem takaful menguntungkan.

SETIAP SESUATU PERKARA ITU SEMESTINYA ADA KEPENTINGANNYA.
Begitulah dengan Insurans Islam Ini. Antara keperluan semasa kita termasuklah
1. Simpanan dan Perlindungan.
2. Pendidikan Anak Anak
3. Kemalangan, Penyakit Dan Bil Hospital
4. Keluarga Anda
5. Pendapatan Semasa Pencen
6. Haji / Umrah / Bercuti
7. Wanita / Surirumah
8. Kecacatan Kekal

1. SIMPANAN DAN PERLINDUNGAN
Takaful Dapat MEMASTIKAN Anda Menyimpan Secara Tetap.
Kebanyakkan Individu menyimpan di TAKAFUL kerana beberapa sebab :
• Untuk simpanan dan persediaan perlindungan pendapatan untuk keluarga sekiranya berlaku kematian.
• Untuk pendapatan masa tua.
• Untuk pendapatan sekiranya berlaku kecacatan kekal.
• Untuk Persediaan wang tunai sekiranya berlaku kecemasan atau ada peluang perniagaan.
2. PENDIDIKAN ANAK
• MENYERTAI TAKAFUL UNTUK PELAJARAN ANAK ANDA KERANA :- Apabila mereka meningkat dewasa, kita mengkhendaki satu permulaan yang baik.
• Bayaran sumbangan adalah murah bila menyertai mulai sekarang.
• Membentuk tabungan yang akan membuat anak anda berdiri diatas kaki sendiri bila sampai umurnya.
• Kerana kita juga mengharapkan ayah kita dahulu mengambil polisi untuk kita semasa kita kanak kanak.
3. PENYAKIT KRITIKAL / BIL HOSPITAL
Dalam masyarakat hari ini, Penyakit Jantung, Stroke, Kanser dan kegagalan buah pinggang berfungsi adalah perkara biasa. Dengan keadah perubatan moden semua masalah ini dapat diatasi tetapi , WANG yang banyak diperlukan untuk menampung kos PERUBATAN.

Bila seseorang dijangkati penyakit, dia memerlukan rawatan. Dalam proses perawatan ini, dia memerlukan masa yang panjang untuk kembali pulih / sihat dan berkerja seperti sediakala. Bayaran untuk perawatan kebiasannya adalah sangat tinggi yang mana ini akan membabitkan orang yang kita sayang. Mereka akan seboleh bolehnya mencari wang tanpa mengira cara dan jalan asalkan kita boleh
kembali sihat. Walaupun terpaksa membuat hutang yang besar yang mana akan mereka bayar kemudian.
Sekiranya anda dimasukkan ke hospital dan perlu menjalani pembedahan dan ketika itu anda tiada WANG

4. KELUARGA ANDA
Semua KELUARGA perlukan Keperluan Asas
Sekiranya anda tidak mendapat gaji untuk Bulan Ini ATAU Bulan Hadapan ATAU untuk beberapa bulan. Bagaimana anda hendak meneruskan kehidupan.

(Fikirkan Isteri dan Anak anak Tanpa ANDA)

"Semua perlindngan takaful adalah baik sekiranya anda bersedia MENTAKAFULKAN Pendapatan yang digunakan untuk membayar sumbangan takaful"

Tanyakan Pada Diri Anda :-
• Apakah yang anda fikirkan sekiranya seorang ayah meninggalkan seorang isteri dengan 3 orang anak yang masih kecil?
• Bagaimanakahpula keadaan sekiranya dia tinggal dirumah dan mengharapkan / membiarkan isteri dan anak anaknya untuk menjaganya
5. PENDAPATAN SEMASA PENCEN
• KEHIDUPAN SENTIASA MEMERLUKAN PERBELAJAAN

Inilah perkara serius yang harus difikirkan bila hari meningkat tua iaitu pendapatan selepas pencen dan juga perlindungan untuk keluarga.

Jangkahayat Semangkin Meningkat.

Kesihatan hidup sekarang lebih baik kerana keadah perubatan yang baik. UMUR: 20 - 55 Masa Berkerja - Anda ada 35 tahun Untuk Berkerja.
• UMUR: 55 - 75 Masa Tidak Berkerja - Selebihnya 20 tahun lagi untuk meneruskan kehidupan HARI TUA (Ini memerlukan PERBELANJAAN)
Adakah anda akan menyimpan mulai esok yang tak pasti dan telahpun membelanjakan apa yang anda simpan semalam.
6. HAJI / UMRAH / BERCUTI
SUKARNYA UNTUK MENYIMPAN
Bolehkah anda menyimpan secara tetap/terus sekiranya tiada paksaan?.

Bagi anda yang mempunyai impian menunaikan Fardu Haji/Umrah/Bercuti, Simpanan bulanan secara tetap akan merealisasikan impian anda ini.

Simpanan anda boleh dikeluarkan bila anda memerlukannya.
7. WANITA DAN SURIRUMAH
WANITA SEPATUTNYA MENGAMBIL PELAN PERLINDUNGAN:- Lindungi Pendapatan
Wanita yang tinggal dengan keluarga, Sebahagian pendapatannya digunakan untuk perbelanjaan rumah. Kedua orang tua mengharap sumbangan anda setiap bulan.

Pendapatan Pencen
Wanita akan berhenti kerja lebih awal untuk menjadi SURIRUMAH sepenuh masa. Mereka juga mempunyi jangkahayat panjang purata 6 tahun lebih dari lelaki jadi KEPERLUAN untuk menjaga diri sendiri adalah tinggi.
8. KECACATAN KEKAL
• SESUATU YANG TIDAK ANDA INGINI
Kebiasaannya kerana 2 sebab iaitu Penyakit dan Kemalangan. Terdapat penyakit kritikal yang memerlukan perawatan segera. Doktor mungkin akan kata anda perlu menjalani pembedahan dan tinggal di Wad Hospital.
• Anda terpaksa tinggal dihospital untuk menjalani rawatan pemulihan mungkin untuk beberapa hari atau beberapa minggu.
• Doktor mungkin mengatakan yang anda boleh pulang kerumah dan berehat untuk beberapa bulan atau Setengah tahun atau Setahun atau Lebih.
• Sekiranya Syarikat anda berkerja berhenti membayar Gaji Anda ?
Bagaimana anda ingin meneruskan kehidupan Hari Mendatang ?

Kami ada Cara untuk menangani apa jua masalah yang anda hadapi.
Hubungi kami dan kami akan tunjukkan caranya.
Mulakan Polisi Anda Sekarang Sebelum Terlambat.
Hubungi perunding takaful anda :

Email: takaful@smart2u.com
Jika anda telah menyertai dan ingin bersama menjadi perunding separuh masa / sepenuh masa sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.
Bersama Menegakkan Muamalat Islam.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di takaful@smart2u.com

Saturday, January 13, 2007

Takaful - Insuran Pilihan Anda

Prinsip Asas Takaful
Tiga prinsip utama di bawah konsep Takaful ialah: Saling Bertanggungjawab Peserta-peserta di bawah skim/pelan Takaful bersetuju saling bertanggungjawab di antara satu sama lain. Sifat bertanggungjawab dengan niat yang ikhlas dan baik adalah merupakan satu ibadah dan ianya amat dituntut di dalam Islam. Sabda Rasulallah s.a.w: "Tidaklah kamu tergolong sebagai umatku selagi engkau tidak menyayangi sesamamu". - (Riwayat Bukhari dan Muslim) Saling Bekerjasama Para peserta bersetuju untuk bekerjasama dan saling bantu membantu di antara satu sama lain. Islam amat menuntut umatnya bekerjasama di dalam perkara-perkara kebaikan yang boleh menyuburkan semangat taqwa. Di antara unsur-unsur kebajikan yang digariskan di dalam Al-Quran adalah seperti melaksanakan fungsi harta secara optimum, menepati janji dan sabar ketika mengalami bencana. Antara ayat Al-Quran yang menggalakkan semangat bekerjasama di kalangan umat islam ialah: "Bekerjasamalah kamu di dalam perkara-perkara kebajikan dan taqwa dan jangan kamu bekerjasama di dalam perkara-perkara dosa dan yang boleh menimbulkan permusuhan". - (Al-Maidah: 2) Saling Lindung-melindungi Peserta Takaful juga bersetuju untuk saling lindung melindungi di antara satu sama lain dari sebarang kesusahan, bencana dan sebagainya. Keselamatan atau keamanan merupakan suatu keperluan tabi'i di dalam kehidupan manusia, sebagaimana mencari rezeki. Firman Allah di dalam surah Quraisy memberi janji keselamatan dari ancaman kelaparan dan ketakutan. Lapar adalah gambaran kepada keperluan jasmani dan takut adalah gambaran keperluan rohani. Kedua-dua perkara ini tidak boleh diabaikan kerana kesannya terhadap kehidupan amat bahaya. Di antara sabda Rasulullah s.a.w yang mengandungi maksud sedemikian ialah: "Sesungguhnya seorang yang beriman ialah sesiapa yang boleh memberi keselamatan dan perlindungan terhadap harta dan jiwa raga manusia" - (Riwayat Ibnu Majah)

Seterusnya di: www.takaful.smart2u.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...