Sunday, January 1, 2012

MENGIRA JUMLAH PERLINDUNGAN DARIPADA AL-QURAN
“Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya…” (Surah Al-Baqarah ayat 240). “…
Dan bagi mereka (isteri-isteri) pula satu perempat dari harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. Tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah satu perlapan dari harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan, dan sesudah dibayarkan hutang kamu…” (Surah An-Nisa ayat 12)

Seorang rakan ingin menyertai takaful dan bertanya “apakah implikasi sekiranya saya mengambil pelan takaful paling rendah carumannya sebulan?” Saya menjawab “Bila kita menyertai takaful ia bukan melihat jumlah caruman sebulan tetapi berapakah jumlah perlindungan (sum cover) yang ideal bagi seseorang.” Salah satu matlamat menyertai takaful kerana memberi kestabilan kewangan kepada yang tersayang dalam tempoh setahun dari ketiadaan kita.

Formula yang boleh dikeluarkan daripada dua terjemahan ayat Al-Quran di atas ialah:-
JUMLAH PERLINDUNGAN TAKAFUL= (PERBELANJAAN SETAHUN X 8) + JUMLAH HUTANG CONTOH PENGIRAAN
“Berapakah perbelanjaan keluarga tuan sebulan?” tanya saya. “RM 4K”balasnya ringkas.
Dengan ketiadaan kita nanti, untuk isteri menampung perbelanjaan keluarga setahun, dia memerlukan RM 48K (RM 4K X 12 bulan) (rujuk terjemahan ayat al-Quran pertama di atas).
Mengikut Hukum Faraid isteri (yang mempunyai anak) akan mendapat satu per lapan (1/8) harta pusaka kita sahaja. (7/8) lagi adalah untuk ibu,bapa, anak-anak atau waris yang lain (rujuk terjemahan ayat al-Quran kedua di atas).

Detail mengenai pembahagian hukum faraid boleh lihat di: http://maths.usm.my/faraid/msl/faraid.asp
 
Secara ringkasnya, bagi memastikan isteri mendapat sekurang-kurangnya RM48K bersamaan (1/8) harta kita, jumlah harta yang kita perlukan iaitu (8/8) adalah RM 384K (RM 48K x 8). Kemudian tambahkan lagi dengan jumlah hutang yang tiada perlindungan takaful contohnya pembiayaan kenderaan, pembiayaan peribadi atau hutang kad kredit. Katakan RM 60K (rujuk terjemahan ayat al-Quran kedua di atas). “Maka jumlah perlindungan (sum cover) yang ideal untuk diambil oleh tuan ialah RM 444K (RM 384K + RM 60K).
Selepas membuat analisis ini barulah kita minta beberapa wakil takaful membuat kiraan berapakah caruman sebulan yang diperlukan untuk mendapat jumlah perlindungan (sum cover) sebanyak RM 444 000.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...