Sunday, November 8, 2009

Salam buat anda, semoga apa yang kita buat diberkati.

Minggu lepas, ada peserta takaful menelefon saya kerana ingin memohon memberhentikan caruman bulanan takaful serta-merta atas sebab yang tertentu. Kerana tidak berapa pasti mengapa mereka ingin memberhentikan sijil takaful tersebut, saya meminta kebenaran untuk berjumpa mereka kerana ingin merekodkan sebab perberhentian tersebut.
Di awal perbincangan, mereka tidak memberi apa-apa alasan dan menyatakan hanya kerana kekurangan bajet, tetapi dengan gaji basic lebih RM1000 dan potongan takaful hanya RM70 sebulan tentunya tidak musabah jika simpanan RM70 itu membebankan. Dipendekkan cerita akhirnya seorang dari mereka memberitahu ada kawan beliau yang memberitahu beliau tak dapat claim atas kes kematian bapanya dari takaful. Saya pun ambil detailnya dan keesokkan harinya saya berjumpanya.
Bapanya baru meninggal bulan lepas dan baru seminggu beliau ke pejabat takaful dan ingin buat claim dan tuntunan RM100,000 tersebut tak dapat diberikan dan alasan kerana bapa beliau mati akibat penyakit jantung. Saya lihat sijil takaful bapa beliau dan ia adalah Sijil Takaful Kemalangan SAHAJA.

Sebenarnya kes-kes begini kerap berlaku menyebabkan pencarum mengambil tindakan segera disebabkan tiada maklumat sepenuhnya diberikan. Saya ambil contoh kes diatas kerana kebanyakan dari kita hanya ambil insuran atau takaful tanpa mengetahui jenis produk dan coverage yang takaful berikan. Memang dalam takaful kita mempunyai produk dan kesemuanya mempunyai ciri-ciri yang berlainan. Agak sukar bagi kami untuk menerangkan dengan lebih detail kerana kebanyakkan pelanggan tidak mahu memberikan masa untuk penerangan lengkap dan satu lagi golongan tidak mahu mendengar langsung dan dah tentu tak ada apa-apa perlindungan.. namun ianya hanya tugasan yang perlu dilangsaikan..

Kisah ini bertujuan memberi sedikit penjelasan kepada tuan/puan yang telah menjadi peserta takaful ataupun belum. Jika ada-apa kemusykilan mengenai sijil atau polisi yang telah diambil atau produk baru di takaful harap dapatkan penjelasan segera kerana banyak diantara kita hanya mempunyai PA (Personel Accident) sahaja seperti kes diatas. Oleh itu kita digalakkan mendapatkan plan takaful yang lebih komprehensif yang merangkumi semua dan kelebihannya ia biasanya mempunyai nilai simpanan dan pulangan yang tinggi setelah sijil kita tamat.

Selanjutnya di: www.takaful.smart2u.com

Hulurkan Bantuan Kepada Palestin

Sebarang sumbangan kewangan boleh disalurkan kepada:
Aman Palestin Berhad

(Dana Sumbangan & Derma)
Bank Islam Malaysia Berhad: 12029010047880
Maybank Malaysia Berhad: 562263010787

(Dana Sumbangan Pengurusan)
Bank Muamalat Malaysia Berhad : 12070005133717

Semoga Ada Kebaikannya Dan Sedikit Sebanyak Dapat Membantu Mereka Yang Memerlukan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...