Ayat pertama yang Allah turunkan telah menekankan kepada kita untuk membaca (belajar). Ilmu merupakan alat untuk untuk kesinambungan dan kejayaan hidup dunia & akhirat.
Sebagai makhluk tuhan yang diberi akal & fikiran manusia boleh merancang untuk kebahagian hidup dunia & akhirat, walaupun 'qada dan qadar' adalah milik Allah, usaha & ikhtiar diperlukan untuk mencapai apa yang dihajati oleh manusia.
Dengan amalan dari ilmu yang baik, manusia akan lebih dihormati dan tentunya kejayaan akan menyusul selepas itu.
Ilmu merupakan aset yang tidak ternilai sepanjang hayat & akan melengkapkan perjalanan hidup manusia. Dalam pengurusan aset pula, pendekatan yang
menyeluruh termasuk mengenalpasti objektif dan penyediaan jangkamasa samada untuk tempoh pertengahan (medium term) atau tempoh
panjang (long term), memantau kedudukan dan pencapaian dalam tempoh
masa tertentu dan melaksanakan strategi yang sesuai untuk menyeimbangkan pencapaian masa depan.
Perancangan yang baik mengambil kira faktor tanggungan, pinjaman dan pembiayaan perlu diambil bagi tujuan perlindungan, kesihatan & pelaburan. Selain itu, faktor gaya hidup
juga diambil kira dalam menentukan apa yang perlukan.